JANGAN JADI PEMILIK AKAUN KELDAI/TUMPANG



Jangan jadi pemilik akaun keldai/tumpang.

Apakah akaun keldai/tumpang?

Individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.

Langkah-langkah keselamatan.

  • Jangan membenarkan akaun bank anda digunakan oleh penjenayah kewangan/pihak ketiga.
  • Jangan mudah percaya dengan tawaran wang bagi penggunaan akaun anda.
  • Jangan dedahkan maklumat perbankan peribadi/nombor akaun/nombor pin/kata laluan kepada pihak ketiga.


Hukuman dan tindakan terhadap pemilik akaun keldai/tumpang.


  • Boleh didakwa atas kesalahan membantu menyembunyikan atau memindahkan harta orang lain yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
  • Akaun bank anda akan disekat dan anda tidak boleh membuat sebarang transaksi perbankan termasuk penerimaan gaji.


info: Bank Negara Malaysia

Ahmad Zakaria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Instagram